Tembikar Sarawak
Salam sejahtera dan selamat datang kepada pembaca-pembaca yang sudi berkunjung di blog saya .Disini saya Christina Tan akan membagikan informasi atau maklumat tentang pelbagai jenis kraftangan yang ada di Malaysia . Semoga blog ini dapat memberikan pengetahuan yang lebih kepada pembaca tentang kranftangan ini. Selamat berkunjung.
Definisi Kraftangan
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.
→→Tembikar ←←
PASU SARAWAK - Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari. Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin. Malah di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.
Mengukir pasu Sarawak
Cara untuk menghasilkan barang-barang tembikar tradisional ini pada dasarnya sama seperti cara yang digunakan di Semenanjung. Yang berbeza cuma corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang
2. muncung tembikar halus dan tidak serpih
3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
5. ragam hias
- garisan dan lorek terang dan tersusun
- ukiran jelas
- kesan tekanan nyata dan teratur
- panai dibentuk sekata dan kemas
Pemeliharaan & Penjagaan Tembikar
- pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
- tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
- cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah
check on this:
https://youtu.be/oyq-c2HRRd4Penutup
Kesimpulannya , pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraftangan ini terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita agar mereka dapat lebih pengetahuan untuk mengetahui tentang pelbagai jenis kraftangan di Malaysia.
Boleh berikan saya email puan sbb saya ada beberapa pertanyaan ttg kilang2 pembuatan ini
ReplyDelete