Posts

Showing posts from August, 2017

Tembikar Sarawak

Image
  S alam sejahtera dan selamat datang kepada pembaca-pembaca yang sudi berkunjung di blog saya .Disini saya Christina Tan akan membagikan informasi atau maklumat tentang pelbagai jenis kraftangan yang ada di Malaysia . Semoga blog ini dapat memberikan pengetahuan yang lebih kepada pembaca tentang kranftangan ini. Selamat berkunjung. Definisi Kraftangan Kraftangan   ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil  pengeluaran besar-besaran  atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan. →→ Tembikar  ←←   P ASU SARAWAK - Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi